Thursday, May 26

Anda dan kuda...

Hari ini kita bercakap mengenai kuda-kudaan...pasti kamu tertanya-tanya mengapa kuda-kudaan...mari kita review pasal kuda... kuda adalah seekor binatang yang dikenali kerana nampak gagah dan muscular...sering digunakan pada suatu ketika dahulu untuk peperangan, mengangkat beban dan sebagainya kerana kegagahan dan keperkasaannya melakukan pelbagai kerja..menarik kan kuda? Malah tenaga yang sangat kuat dan besar diuukur dengan horse power...

Tapi....kenapa kuda??

Sebab kuda bertenaga..hehe...

Err...

Tak...tak..sebab saya nak tunjuk sesuatu peristiwa mearik yang digambarkan di dalam Al-Quran mengenai seekor kuda..

Apa die??

Pertama sekali, mahu tanya kamu....adakah kamu mahu menjadi kuda yang bebas...seperti ini....

atau ini???

Tentu letih bukan menjadi kuda yang terpaksa memikul beban...yalah kuda bertenaga, gagah perkasa, tapi tentu letih jugak angkat beban berat kesana-kesini...begitulah juga manusia

Manusia yang mengamalkan apa yang diajar tentulah seperti seekor kuda yang bebas berlari kesana-sini tanpa perlu memikul beban sebab semuanya terletak dalam kepala dan hati je berbanding dengan manusia yang hanya belajar teori tapi tanpa praktikal...

Apa kena mengena??

Apabila kita dilonggokkan dengan puluhan teori...macam teori fizik yang ada hukum satu lah, hukum dua lah...serius benci fizik...kita akan ingat time belajar je lepas tu ilmu terbang melayang-layang entah ke mana sebab takde praktikalnye..betol tak? So...apabila ditanya balik selepas setahun, kita tentu kena refer buku-buku yang bapak tebalnye...macamlah seperti kuda yang memikul berat beban...

Tapi kami belajar teori sahaja...praktikal tiada....

Memanglah...tapi kenalah praktikkan jugak cemana cemana pun...contohnya, imaginasi ke, cerita kat orang lain ke sebab bila kita cerita kat orang mesti kita kena explain ikut kefahaman kita kan...tak semestinya praktikal tu kita kena buat betol2...kn? kn?

Kesimpulannya, kalau tak boleh nak praktikal secara realistiknya, kita kenalah berusaha mempraktikalkan dalam apa jua bentuk...bukan sahaja nak bagi lekat kt kepala kita, tapi untuk kegunaan kita dan faedah orang lain jugak. Mungkinlah rasa sekarang sia-sia, masa depan insyaAllah berguna...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...